berkat dari kesungguhan...terbentuklah kejayaan..
ayat yang betul2 memberi berjuta erti buatku....
sungguh benarlah kata pujangga ini...berkat dari kita bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu dan endapatkan sesuatu..pasti hasilnya akan baik jua...tiada satu kesungguhan pun yang dibalas dengan kegagalan..melainkan Allah ingin menguji sejauh mana iman kita terhadapNya..bagaimanapun....yakinlah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambanya yang beriman..Insyaallah..
lantas..mengapa ada dikalangan kita yang masih bertangguh-tangguh melakukan sesuatu perkara yang baik???mengapa masih lagi ternanti-nanti masa yang sesuai..."Demi Masa!!!Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugia,,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,,,dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"....tidak cukup lagikah peringatan Allah ini sebagai satu peringatan yang amat bermakna bagi kita yang sentiasa menangguh-nangguhkan kerja mahupun amalan baik..
menangguh-nangguh ini bukan sahaja dilihat dari segi amal ibadah...seharusnya dalam mengerjakan amal ibadah tiada satupun yang boleh kita tangguhkan...kerana mati itu akan datang menjemput kita bila-bila masa....
usahlah menangguh-nangguh dalam melakukan sesuatu perkara..kerana menyesal kemudian tidak berguna...mulakan sesuatu dari tangga yang paling bawah dan paling mudah...ada orang bila melakukan sesuatu selalu inginkan kepastian tentang matlamat dan hasil yang bakal diperoleh..kemudian barulah disusuli dengan usaha yang menuju ke arah hasil dan matlamat tersebut....ada juga orang yang tidak suka melihat kepada hasil terlebih dahulu..tetapi lebih suka melakkukan sesuatu perkara secara peringkat demi peringkat...sehinggalah matlamat mereka tercapai..
apapun method kita...yang utama sekali kita harus ingat...jangan menangguh-nangguh kerja dan amalan kita...kerana...mati akan datang bila-bila..dan setiap tugas yang patut kita laksanakan baik ditempat kerja hatta di mana-mana sahaja adalah amanah...sesungguhnya Allah tidak akan mendatangkan sesuatu kepada hambanya melainkan Dia tahu bahawa hambanya mampu untuk melakukan perkara tersebut...
ingatlah bahawa...." kullukum ra'in wa kullu ra'in mas'ulun 'an ra'iyyatuhu....." setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya...
tugas kita tidaklah sehebat mana jika hendak dibandingkan dengan kekuasaan Allah....jadi...sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita..
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment