Thursday, September 24, 2009

berita gembira...berita sedih...

Salam Aidilfitri...

Aidilfitri..adalah satu berita gembira buat semua muslim yang berpuasa..inilah kegembiraan yang Allah janjikan buat mereka yang berpuasa..semua org bergembira..kanak-kanak terutamanya kerana waktu inilah peluang untuk mereka mengumpul duit raya...lepas satu-satu rumah diziarah..tujuannya nak kutip duit raya dari insan-insan pemurah yang diberi kelebihan oleh Allah Taala...ibu bapa juga antara org yang gembira di hari raya..peluang utk mereka menghubungkan semula silaturrahim yang sedia terjalin...

disebalik kegembiraan semua..ada juga insan2 yang bersedih di pagi raya...ada yang sedih kerana meratapi kehilangan org tersayang...ibu bapa bersedih kerana anak-anak tidak dpt pulang beraya...tak kurang jua yang kehilangan org tersayang di hari raya..

raya ketiga...aku bergegas pulang ke kampung mak..sebab ada kematian..kepulangan yang tidak dirancang...balik pun sehelai sepinggang...ziarah keluarga si mati..sempat juga beraya di rumah adik beradik mak n ayah....esoknye terus balik semula ke kuantan...aduh..penat sungguh...

hari raya kali ni jugak kitorang ramai2 gi rumah ayah...kesian pulak tgk ayah yang makin tua..ntah la...mujurnya dia ada isteri yang boleh menjaga dia buat masa ni...mcm mana kalau dia sakit nnti?adakah mereka akan menjaganya...mak kata...kalau takde org jaga..kitorang kena amik jaga...of course la..aku akan amik n jaga dia..even dia pnah tendang aku satu masa dlu yng kesannya masih ada sampai sekarang aku tanggung...but then..he is still my father..

1 comment: